. Sangat , sangat dan sangat bosan .
Wednesday, 14 March 2012 | 05:29 | 0 Words
Assalamualaikum dan selamat petang . Kenapa aku suka update petang-petang ? Sebabnya petang-petang otak aku ni banyak benda nak ditunjukkan dan ditulis di bloggie kesayangan aku ni . Dah berzaman kot tak update benda baru kat sini . Aku sekarang dah sibuk . Cehh , sibuk ahh sangat kau . Sebenarnyaa , nak bagitau yang sekarang ni adalahh cuti sekolah selama seminggu .Cuti ke tak , aku rasa sama ja . Takda beza pun . Tambah-tambah kawan semua menyombong dengan hal masing-masing . Maklumlah , semua dah ada pasangan kan . Biasalah tu adat berkawan . Bila susah cari kita , bila senang lupa terus . Menyampah aku . Sejak dua tiga hari ni , handphone aku dah jarang berbunyi . Kat mana kedudukan dia pun aku taktau . Hmmm , sedih ahh cenggini . Untungglahh siapa yang ada pasangan tu . Hargai kejujuran dan keikhlasan dia tau .
Nampaknya , aku dah lari tajuk lah . Tengok ni , petang-petang kalau otak dah bengong cenggini . Keluar benda lain pulak lah jawabnya .Okayy , nak cerita ni . Semalam , aku dengan abang aku Hafidz pergi buang sampah . Tak cool langsung enn ? Hahaa , aku dah macam girlfriend orang Nepal dah masa tu tahan bau yang macam nak pengsan . Abang aku kata dia dah macam pekerja alam flora dah . Hahaa , Macamtu pun boleh .
Cuti sekolah ? Benci ahh . Bukan pergi mana pun . Terperap ja kat rumah . Kalau nak keluar , takda geng ahh . Ramai kawan aku pergi holiday dengan family dorang . Aku ? Mengadap pc ni ja 24 jam . Menyampah betul . Ada handphone macam takda . Sunyi ja . Takda sound pun . Lebih baik takda phone ja terus lagi bagus . Daripada sakit hati ja layan orang yang tengah texting dengan aku tu . Grrr .
P/s : Nampaknya aku dah melalut sampai mana dah ni . Okay , byee semua . Selamat bercuti . Jaga diri :) Peace (Y) .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dah selamat tengahari .
Sebelum pergi sekolah , wajib bagi aku online facebook dulu . Hahaaa ,pun boleh enn . Bosan ja bangun awal-awal lepastuh takbuat apa-apa . Macam orang bengong taktau apa-apa . Online ja lah kan . Jangan nak serabut ayam sangat . Ehhh , dah lari tajuk lah . Tengok ahh aku ni . Kalau dah menghafal tu takboleh nak buat apa dah . Sejarah pulak tu . Otak sampai mana . Sejarah kemana .
Harinie SMK Hillcrest ada exam . Tapi , harinie last paper . Lupa nak bagitau yang kitaorang exam hari rabu lepas . Bukan minggu lepas kay . Baru-baru ni maksud aku . And , harinie last paper . Sejarah dengan Kemahiran Hidup . Ya Allah , KH tak hafal lagi . Semalam ada BI , agama dengan math . BI tu kacang rebus ja bagi aku . Hahaa , tapi agama tu haa . Aku tak ulangkaji sangat . So , harap-harap ustazah bagi markah elok-elok sikit kat aku .
Amboiii , bukan main panjang lagi haa karangan aku . Ehh , lagi satu exam ni takda subjektif . Cuma agama dengan math ja tak silap aku . Otak aku dah sampai mana lah time exam math semalam . Hahaaa , takut wehh . Dah lah aku ni sampai math ja bangang terus . Automatik blur terus lah cerita dia . Entah lah apa yang aku belajar ni tak masuk ke atau aku tak faham . Apa-apa pun boleh .
Aku nak buat exam ni elok-elok sebab aku nak stay kelas tu . Aku taknak pindah kelas lain . Aku nak stay kelas Amal . Dengar tu , separuh menjerit dah . Apaa ? aku tipu yang aku menjerit ? Heheee , memang pun . Takda masa aku nak menjerit macam orang gilaa semata-semata nak stay kelas tu . Hahaa , pun boleh Azira Mahadi . Harinie jumaat . Boleh pergi lambat . Hewhewww . untung ah jadi perempuan . Hahaaa . Kbyeee :)



